Polisi Privasi dan Perlindungan Data Peribadi Sazarice
Tarikh Berkuatkuasa: 05 December 2025
1.0 PENGENALAN
SAZARICE SDN BHD menghormati dan komited untuk melindungi data peribadi anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”) Malaysia. Polisi ini dikeluarkan kepada semua pelanggan dan/atau rakan niaga kami yang hargai serta berfungsi sebagai Notis Perlindungan Data Peribadi kami selaras dengan Akta tersebut. Polisi ini bertujuan untuk memaklumkan hak-hak anda berkaitan data peribadi anda bermula dari data anda dikumpulkan, digunakan, dikongsi, dilupuskan dan langkah-langkah keselamatan yang telah ditetapkan untuk memastikan data peribadi anda dilindungi dengan baik.
2.0 PENGUMPULAN DATA PERIBADI
Untuk membolehkan kami menyediakan perkhidmatan kepada anda dan beroperasi dengan cekap, kami mungkin perlu mengumpul data peribadi anda yang berkaitan. Data peribadi anda membantu kami mencapai “Tujuan” seperti yang dinyatakan di sini yang berkaitan dengan perniagaan kami. Data peribadi yang akan dikumpulkan oleh kami termasuk tetapi tidak terhad kepada:
- Nama, nombor pengenalan (IC), kewarganegaraan, maklumat perhubungan (cth: nombor telefon, e-mel, alamat);
- Maklumat syarikat (untuk pembekal, pengedar atau pelanggan perniagaan) (cth: lesen, nombor pendaftaran syarikat, jenis perniagaan, struktur syarikat);
- Maklumat kewangan (cth: maklumat akaun bank, laporan CTOS, CCRIS, penyata bank, invois/pembayaran);
- dan apa-apa maklumat lain mengenai anda yang telah anda berikan kepada Sazarice Sdn Bhd.
3.0 TUJUAN PENGUMPULAN DATA PERIBADI
Sazarice Sdn Bhd akan mengumpul, memproses, dan menggunakan data peribadi anda untuk tujuan-tujuan berikut termasuk tetapi tidak terhad kepada:
- untuk berkomunikasi dengan anda;
- untuk memberikan perkhidmatan kepada anda;
- menjawab pertanyaan anda;
- mematuhi keperluan undang-undang, peraturan, arahan, perintah mahkamah, garis panduan atau kod yang berkaitan;
- mengikut perintah atau permintaan pihak berkuasa kerajaan dan/atau agensi awam, badan berkanun, syarikat induk, subsidiari atau syarikat berkaitan;
- untuk penyimpanan rekod dan tujuan pentadbiran dalaman;
- mentadbir penyertaan anda dalam peraduan;
- menjalankan aktiviti-aktiviti dalaman, kaji selidik pasaran dan analisa trend;
- untuk menyediakan kepada anda maklumat tentang produk dan perkhidmatan syarikat dan syarikat-syarikat kami yang berkaitan;
- untuk menyediakan kepada anda maklumat tentang produk dan perkhidmatan rakan-rakan perniagaan kami; lain-lain aktiviti perniagaan syarikat yang sah;
- lain-lain tujuan seperti yang dinyatakan dalam laman web, Terma Penggunaan; dan/atau
- lain-lain tujuan seperti yang dinyatakan dalam terma dan syarat tambahan kami (secara kolektif disebut “Tujuan”).
4.0 SUMBER DATA PERIBADI
Sazarice mungkin memperoleh data peribadi anda daripada sumber berikut termasuk tetapi tidak terhad kepada:
- perjanjian dan kontrak untuk jualan dan pembelian produk dan perkhidmatan kami;
- borang pendaftaran rasmi (sama ada elektronik atau bercetak) untuk pelancaran baharu, siri jelajah, pameran, pertunjukan atau sebarang acara promosi;
- sebarang emel atau surat-menyurat yang kami terima daripada anda yang meminta maklumat atau membuat sebarang pertanyaan;
- sebarang borang yang anda telah serahkan melalui laman web atau mana-mana media sosial yang dikendalikan oleh Syarikat;
- sebarang rujukan daripada seseorang yang telah menyertakan butiran peribadi dan hubungan mereka yang boleh disahkan;
- kad-kad perniagaan yang ditinggalkan atau diberikan kepada Syarikat;
- sebarang dokumen (termasuklah tetapi tidak terhad kepada borang dan penyata berkanun) yang telah diserahkan kepada Syarikat untuk tujuan pemprosesan.
5.0 PENZAHIRAN DATA PERIBADI
Sazarice Sdn Bhd tidak akan mendedahkan data peribadi anda kepada pihak ketiga tanpa kebenaran anda. Walau bagaimanapun, kami mungkin mendedahkan data peribadi anda kepada syarikat berkaitan atau pihak ketiga yang menjalankan perkhidmatan bagi pihak Sazarice. Pihak-pihak ini diwajibkan untuk mengendalikan data peribadi anda secara sulit, mengikut Polisi Privasi ini dan peruntukan undang-undang yang berkenaan, serta hanya akan memproses data tersebut untuk tujuan yang dinyatakan. Kami bertanggungjawab terhadap data peribadi di bawah kawalan kami termasuk data yang didedahkan kepada Vendor (juga dikenali sebagai “pemproses data”). Kami akan memastikan tahap perlindungan yang setara bagi data yang diproses oleh Vendor.
6.0 KESELAMATAN DATA PERIBADI
Kami komited untuk melindungi keselamatan data peribadi anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA). Untuk mengelakkan akses tanpa kebenaran, pendedahan, pengubahan atau pemusnahan data peribadi anda, kami telah melaksanakan langkah-langkah keselamatan teknikal, pentadbiran dan fizikal yang sewajarnya.
Langkah-langkah ini termasuk tetapi tidak terhad kepada:
- memastikan data peribadi anda disimpan seperti yang dikehendaki oleh PDPA;
- memastikan kakitangan kami tidak menyalahgunakan data peribadi anda;
- mewajibkan secara kontrak kepada vendor atau penyedia perkhidmatan pihak ketiga kami untuk melaksanakan langkah-langkah keselamatan data yang sesuai dan mematuhi PDPA;
- memastikan pelayan berada dalam keadaan selamat (Secure Server) dan dilindungi oleh tembok api (firewalls);
- menyulitkan maklumat sensitif.
7.0 HAK UNTUK MENGAKSES DAN MEMBUAT PEMBETULAN
- meminta akses kepada data peribadi yang diproses oleh kami dengan notis yang munasabah;
- meminta pembetulan dan/atau pengemaskinian data peribadi anda yang tidak tepat, tidak lengkap atau tidak terkini;
- menarik balik kebenaran anda untuk pemprosesan data peribadi pada bila-bila masa dengan memberikan notis bertulis kepada kami.
Sebarang pertanyaan, aduan, permintaan untuk akses atau pembetulan data peribadi, atau permintaan untuk mengehadkan pemprosesan data peribadi anda boleh dibuat dengan menghubungi:
Unit Pematuhan dan Persijilan
Alamat: Sazarice Sdn Bhd,
Lot 806, Jalan 7 KKIP Timur, Industrial Zone 8 (IZ8),
Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP), 88460 Kota Kinabalu, Sabah.
Telefon: 088-415625, 415635, 415645
Faks: 088-415634
E-mel: admin@sazarice.com.my
Sila benarkan tempoh dua puluh satu (21) hari dari tarikh penerimaan permintaan lengkap anda untuk diproses. Jika kami memerlukan masa tambahan atas alasan munasabah, tempoh ini mungkin dilanjutkan selama empat belas (14) hari lagi.
8.0 SEMAKAN POLISI
Kami berhak untuk meminda Polisi Privasi dan Perlindungan Data Peribadi ini dari semasa ke semasa tanpa sebarang notis terdahulu. Kami menasihatkan anda untuk menyemak laman web kami di https://www.sazarice.com.my secara berkala untuk versi terkini, seperti yang dinyatakan pada tarikh kemas kini di bahagian atas Polisi ini.
Dengan menerbitkan polisi ini di laman web, kami menganggap pelanggan dan/atau rakan niaga kami telah dimaklumkan.